Friday, March 12, 2010

Sayangi Alam Sekitar : Insan Terpilih

Mungkin tajuk ini sudah janggal pada kotak pemikiran kita semua tetapi sedar atau tidak sesuatu yang kita fikir mudah, ambil acuh tak acuh dan endah tak endah pasti akan memakan diri kita sendiri atau dengan kata perpaduan iaitu kita semua. Mungkin anda sudah lali dengan berita sungai tercemar, hakisan tanah, pembuangan sisa toksik dan sebagainya kerana saya percaya pada kebanyakkan antara kita merasakan atau meletakkan sepenuhnya tanggungjawab atas bahu pihak berwajib. Tak usah saya memperkenalkan siapa pihak berwajib yang saya maksudkan kerana anda semua serba tahu. 'Duit kopi'?? Pernah dengar ungkapan tersebut?? Hmmm..Tetapi bukan itu yang ingin saya tekankan di sini. Berbalik kepada isu alam sekitar. Apabila berlakunya banjir, tak kisahlah berkilat atau tidak, lumpur tak berlumpur, tanah runtuh bukan durian runtuh dan sebagainya pasti akan mengakibatkan satu perkara yang sama iaitu kecederaan atau kematian dan kerugian atau kesusahan. Dan mulalah permintaan berbukit-bukit agar dihulurkan sumbangan secepat mungkin dan apabila pampasan RM500 sebagai contoh,kita pasti akan 'gembira di belakang tadbir'. Apabila ditambah daripada RM500 kepada RM1000, pasti ada yang gembira sakan. Mana tidaknya, rumah 2 tingkat, yang kena banjir separuh tingkat 1 tetapi yang ganjilnya tingkat 1 itu adalah kaki rumah sahaja. Mungkin ada yang sudah merasa binggung membaca artikel tetapi tidak mengapa kerana apa yang hanya saya katakan di sini segala pencemaran atau permasalahan alam sekitar yang lain berpunca daripada kita sendiri. Saya suka menggunakan perkataan 'kita' walaupun yang melakukan perkara seperti membuang sisa toksik ke dalam sungai, membalak secara haram dan lain-lain kerana yang melakukan perkara tersebut adalah 'saudara' kita sendiri. Kalau anda pernah katakan pada seseorang untuk dia berubah, kenapa tidak kepada 'saudara' yang saya maksudkan tadi. Kita haruslah berganding bahu bersama-sama untuk ke arah menjaga dan menghargai alam sekitar. Kalaulah kita semua nampak sampah yang bukan di tempatnya, kita kutip dan ambil dan buangkannya di tong-tong sampah. Tetapi amat mendukacitakan apabila ada dalam kalangan kita, majoriti golongan muda seperti saya berpendapat sesuatu yang memalukan mengutip sampah jika ada yang melihat. Kenapa ini berlaku? Hina sangatkah sampah tersebut? Seperti yang saya katakan tadi, kita sering ambil acuh tak acuh bah kan perkara mengutip sampah sesuatu yang senang dilakukan ke arah cara jalan yang paling mudah menjaga alam sekitar,kita tetap tidak dapat melakukannya. Bukanlah saya bermaksud di sini kita harus membawa plastik sampah sewaktu berjalan sambil mengutip sampah, sebaliknya cukuplah 1 gengaman tangan kita. Kalaulah ada 30 juta rakyat Malaysia berbuat perkara yang sama,bayangkan,bayangkanlah sendiri.Buka fikiran kita demi alam sekitar yang bahagia. Memang nak taip banyak sebenarnya, takut pula tiada yang membaca..Hmmm..Akhir sekali, lihat pada tajuk artikel ini, kenapa saya katakan insan terpilih?Saya bagi persoalan mudah pada anda. Antara kita dan binatang,siapa yang mampu menjaga alam sekitar? Seperkara lagi, ingatlah walaupun binatang tidak mampu untuk menjaga alam sekitar, tetapi merekalah 'pemberi amaran' yang paling cekap. Sekian..

0 comments:

Post a Comment