Friday, March 12, 2010

Suhu Di Malaysia Meningkat??

Wah, pasti anda semua bahkan saya sendiri tersenyum melihat telatah empat orang budak dalam gambar tersebut. Mana tidaknya, membasahkan badan hanya dengan seplastik kecil yang berisi air. Itulah budak-budak yang pelbagai telatah bahkan kita juga mempunyai karenah masing-masing. Berbalik pada gambar tersebut, kenapa hal ini terjadi iaitu sehingga perlu membasahkan badan sewaktu berada di luar?? Mungkin pada pandangan anda bahawa itulah kanak-kanak yang mungkin melakukannya hanya kerana suka-suka atau melegakan badan setelah penat bermain-main dan lain-lain. Jika itu pada pandangan anda sekalian, cuba renung pada sudut yang lebih jauh atau ke hadapan, adakah kita ingin perkara seperti dalam gambar berlaku di negara kita sehinggakan menjadi sesuatu kebiasaan atau keperluan pada masa akan datang. Kita harus sedar bahawa inilah masalah yang manusia hadapi seluruh dunia, dan tiada satu negara yang terkecuali iaitu pemanasan global. Saya masih teringat sewaktu saya berada dalam Tingkatan 4, ketika itu tahun 2006, suhu yang dicatatkan di Malaysia hanyalah sekitar 27°C tetapi saya agak terkejut apabila saya terbaca pada muka surat 25, Utusan Malaysia Rabu 10 Mac 2010 yang menyatakan bahawa suhu di negara kita sudah mencecah 38°C. Kalaulah suhu ini hanyalah untuk satu hari, tidak mengapa tetapi kalaulah suhu ini terus kekal dan meningkat, bayangkan betapa kita akan mengalami pelbagai kesulitan pada waktu itu seperti kanser kulit, pengudaraan yang tidak sihat dan sebagainya. Jadi apa langkah yang perlu kita ambil dalam isu ini? Saya tidak tertarik untuk menyatakan apa langkah-langkah yang kita perlu lakukan bukan kerana saya tidak ingin berkongsi pada anda tetapi anda sudah mengetahuinya, cuma apa yang anda mahupun saya sendiri tidak lakukan iaitu TINDAKAN. Tak usahlah kita berbincang lagi apa punca kepada permasalahan pemanasan global ini kerana kita telah membincangkannya berdekad lamanya, malah di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga telah diutarakan, Perhimpunan Copenhagen dengan tajuk 'Climate Change',perbincangan aktivis-aktivis alam sekitar seluruh dunia dan banyak lagi. Tetapi sayangnya, tiada kesepakatan yang terjalin antara negara-negara yang masih lagi meletakkan ekonomi dan pembangunan di landasan utama. Tetapi ingin saya katakan, tinggi mana bangunan, secanggih mana bangunan atau banyaknya bangunan hanya semata-mata ingin meletakkan nama negara gah di mercu antarabangsa, tettapi apabila musim perayaan tak kisahlah jenis perayaan contohnya Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri, Hari Natal malah cuti sekolah juga, saya yakin baik anda, saudara-saudara anda atau anak-anak anda kepada yang mempunyai anak pasti ingin menjengah balik ke kampung halaman masing-masing. Samal-samalah kita renungkan perkara ini. Sekian..

0 comments:

Post a Comment